Perkhemahan Kelab Seni Foto 2011

Perkhemahan ni diadakan di Tapis Resort, Sungai Lembing. Jarang ni tau tak dapat bercamping dekat Sungai Lembing. Biasanya PALING JAUH pun pergi Taman Pertanian. Tapi KSF punya camping jauh lagi hebat okey. Pape pun, KSF memang beeeest :)

Jumaat, 22 April 2011


Sebelum bertolak, berkumpul dekat sekolah dulu. Bas lambat sampai. Dah tersasar dari jadual sebenar. Sampai sane, dapat beg KSF dengan tag nama. Cikgu ade bagi taklimat serba ringkas pasal tempat penginapan kitorang. Lepas tu dapat makan dengan minummmm hohoho.



Malam, aktiviti berkumpulan. Bagi nama dekat kumpulan beserta makna sekali, itu memang saat yang kritis. Haha. Then, kena buat Light Painting dengan Low Lite. Memang seronokkk main lampu picit. Hahaha.

Sabtu, 23 April 2011


Pagi tu ada senamrobik. Dah elok elok bersenam lepastu makan pulak. Haha, memang melantak banyak banyak ah lapar punye pasal. Dalam pukul 8.30 bertolak pergi Ladang Rusa. Kenangan manis pergi Ladang Rusa sebab naik lori. Hahaha, beranginnn syok gilaaa!


Masa dekat Ladang Rusa, main dengan haiwan kecil kecil yang comel lagi bergaya. Lepastu bagi makan dekat Rusaaa. Then main dengan Encik Rabbit lepastu terus bertolak pergi Sungai Jin.

Dekat Sungai Jin, cikgu buat Treasure Hunt. Ke hulu dan ke hilir. Hahaha. Laut yang bergelora sanggup ku renangi. Eceyh, laut. Sungai je padahal ==' Lepas Treasure Hunt, aktiviti dalam kumpulan. Kena tangkap gambar Slow Shutter Air Sungai serta Micro & Macro. Rasa macam orang professional je tangkap gambar air sungai sebab kena focus betulbetul. Memang challenging! :D

Malam tu pulak, buat BBQ. Hangus dan rentung. Kesian tengok nasib ayam ayam tu. Hahaha. Tapi takpe, sorang amik 3 ketul ayam. Sedap lah kan maknanya tu? :D Lepas makan, kena buat presentation ikut kumpulan. Weee.

Tapi, saat paling 'menakutkan' masa Sesi Luahan Perasaan tulah. First time tengok Cikgu Pzan bengang gila-gila. Mesti penat cikgu luahkan segala macam benda yang dia tak puas hati. Memang banyak. Baru sedar, pengorbanan cikgu memang besar. Tak dapat nak balas segala kebaikan, susah payah cikgu nak aturkan program untuk kitorang. Cikgu, AMPUN MAAF DIPINTA. Cikgu memang THE BEST laaaaaah, serious :'(

Ahad, 24 April 2011

Tidur lambat, bangun awal. Yes, memang patut pun kena denda. Jenis yang tak reti menghargai jasa orang lain ==' Pagi ni pergi Bukit Panorama. Jogging ramai ramai. Heee. Masa naik bukit tu semuaaaaa excited. Tapi tak sampai lagi setengah pendakian, belaka pancit. Dengan cikgu cikgu sekali pancit. HAHAHA, penat sangat masalahnya.

Tapi.. Sempat jugak sampai atas. Tangkap gambar SUNRISE. Indah mata memandang. Puas hati gila bila masing-masing dapat buktikan kehebatan daki bukit. Wohoo! Rugi whoahh siape yang tak daki dan juge yang daki tak lepas lepas tu :P

Lepastu, balik resort. Mandi dan kemas kemas. Then cikgu bagi pergi Muzium Sungai Lembing. Balik dari Muzium, makanan dah sampai. Lepas makan, terus balikkkkk bersama dengan seribu satu kenangan di SUNGAI LEMBING.

The Best Camping Ever <3

Thanks to Cikgu Pzan, guru-guru pengiring, para facilitators dan semua yang terlibat bagi memeriahkan lagi perkhemahan ini. Hoho

No comments:

Post a Comment