Perkhemahan Kelab Seni Foto 2011

Perkhemahan ni diadakan di Tapis Resort, Sungai Lembing. Jarang ni tau tak dapat bercamping dekat Sungai Lembing. Biasanya PALING JAUH pun pergi Taman Pertanian. Tapi KSF punya camping jauh lagi hebat okey. Pape pun, KSF memang beeeest :)

Jumaat, 22 April 2011


Sebelum bertolak, berkumpul dekat sekolah dulu. Bas lambat sampai. Dah tersasar dari jadual sebenar. Sampai sane, dapat beg KSF dengan tag nama. Cikgu ade bagi taklimat serba ringkas pasal tempat penginapan kitorang. Lepas tu dapat makan dengan minummmm hohoho.



Malam, aktiviti berkumpulan. Bagi nama dekat kumpulan beserta makna sekali, itu memang saat yang kritis. Haha. Then, kena buat Light Painting dengan Low Lite. Memang seronokkk main lampu picit. Hahaha.

Sabtu, 23 April 2011


Pagi tu ada senamrobik. Dah elok elok bersenam lepastu makan pulak. Haha, memang melantak banyak banyak ah lapar punye pasal. Dalam pukul 8.30 bertolak pergi Ladang Rusa. Kenangan manis pergi Ladang Rusa sebab naik lori. Hahaha, beranginnn syok gilaaa!


Masa dekat Ladang Rusa, main dengan haiwan kecil kecil yang comel lagi bergaya. Lepastu bagi makan dekat Rusaaa. Then main dengan Encik Rabbit lepastu terus bertolak pergi Sungai Jin.

Dekat Sungai Jin, cikgu buat Treasure Hunt. Ke hulu dan ke hilir. Hahaha. Laut yang bergelora sanggup ku renangi. Eceyh, laut. Sungai je padahal ==' Lepas Treasure Hunt, aktiviti dalam kumpulan. Kena tangkap gambar Slow Shutter Air Sungai serta Micro & Macro. Rasa macam orang professional je tangkap gambar air sungai sebab kena focus betulbetul. Memang challenging! :D

Malam tu pulak, buat BBQ. Hangus dan rentung. Kesian tengok nasib ayam ayam tu. Hahaha. Tapi takpe, sorang amik 3 ketul ayam. Sedap lah kan maknanya tu? :D Lepas makan, kena buat presentation ikut kumpulan. Weee.

Tapi, saat paling 'menakutkan' masa Sesi Luahan Perasaan tulah. First time tengok Cikgu Pzan bengang gila-gila. Mesti penat cikgu luahkan segala macam benda yang dia tak puas hati. Memang banyak. Baru sedar, pengorbanan cikgu memang besar. Tak dapat nak balas segala kebaikan, susah payah cikgu nak aturkan program untuk kitorang. Cikgu, AMPUN MAAF DIPINTA. Cikgu memang THE BEST laaaaaah, serious :'(

Ahad, 24 April 2011

Tidur lambat, bangun awal. Yes, memang patut pun kena denda. Jenis yang tak reti menghargai jasa orang lain ==' Pagi ni pergi Bukit Panorama. Jogging ramai ramai. Heee. Masa naik bukit tu semuaaaaa excited. Tapi tak sampai lagi setengah pendakian, belaka pancit. Dengan cikgu cikgu sekali pancit. HAHAHA, penat sangat masalahnya.

Tapi.. Sempat jugak sampai atas. Tangkap gambar SUNRISE. Indah mata memandang. Puas hati gila bila masing-masing dapat buktikan kehebatan daki bukit. Wohoo! Rugi whoahh siape yang tak daki dan juge yang daki tak lepas lepas tu :P

Lepastu, balik resort. Mandi dan kemas kemas. Then cikgu bagi pergi Muzium Sungai Lembing. Balik dari Muzium, makanan dah sampai. Lepas makan, terus balikkkkk bersama dengan seribu satu kenangan di SUNGAI LEMBING.

The Best Camping Ever <3

Thanks to Cikgu Pzan, guru-guru pengiring, para facilitators dan semua yang terlibat bagi memeriahkan lagi perkhemahan ini. Hoho

Edit Gambar

23 Mac 2011, Sekali lagi En Abdul Syakir telah menurunkan ilmu beliau kepada kami. Haha, dia ajar edit gambar guna Coral Paintshop. Memang teruja lah kan sebab kitorang paling hebat pun guna Photoscape je hahaha.

Memang respect habis lah dekat dia sebab dia cakap dulu dia belajar edit gambar secara manual je. Takde lah orang datang ajar ajar ni == Hebaat. Harini dia bagitau lah cara cara putihkan gigi dan hilangkan kedut HAHAHA ;D

Hasil, sangat memuaskan. Tengok gambar yang dia edit pun memang meletop habis. Hebat sangat :')

Okay, terima kasih diucapkan kepada saudara kerana sudi mengajar kami! Thanks a lot.

Light Panting dan Night Potraiture

9 Mac 2011, hari ni cikgu sediakan sebuah bilik kosong yang gelap gulita sebab nak ajar pasal Light Painting dengan Night Potraiture. Pembelajaran kali ni telah diambil alih oleh Encik Shazrul Edwan.

Ada lah, beberapa orang model yang menjadi mangsa masa Night Potraiture tu. Haha. Dan yang paling menarik perhatian sekali, masa diorang buat Light Painting. Awesome gilaaaa xD






Kursus Asas Fotografi dan Potraiture

Pada perjumpaan yang bertarikh 23 Februari 2011, kitorang diajar mengenai ISO, Shutter Speed dan Aperture. Bukan tu je, kitorang belajar jugak cara-cara yang betul nak tangkap gambar potraiture. Pembelajaran kali ini dikelolakan oleh Abdul Syakir :) Say hello to him!

Lepas sesi soal-jawab dan ajar-mengajar, kitorang turun ke taman belakang, entah lah nama apa taman tu. Senang cerita kita panggil Taman Ceruk sebab taman tersebut terletak di hujung benua. Muahaha.

Okay dekat Taman Ceruk, cikgu bagi kebebasan pergi merata tempat nak tangkap gambar.








First Meeting of Kelab Seni Foto

Bertambah tambah rase bertuah sebab KSF dapat bilik sendiri, hoho! Jarang ni ada Kelab dan Persatuan yang dapat bilik. Hehe.

Ahli KSF punya tempat berkumpul dekat Makmal Bahasa yang lama, bersebelahan dengan Bilik Komputer. Special gilaaa kitorang kan sebab duduk dalam air-cond. Kelab lain duduk dalam kelas je. Panas ke tak, redho jelah. Haha.

First meeting (19.01.2011) kitorang ditugaskan untuk memilih ahli kumpulan. Then letak nama kumpulan and cipta logo.

Nama kumpulan : Cameroid

Idea yang datang secara tibatiba. Gabungan antara Camera dengan Polaroid. Haha!

Nama ahli kumpulan :

Nurul Syahirah binti Mohd Shahrul ( Leader )
Nur Dalilah binti Yusof
Nur Anati Zahraa binti Zulkifli
Syasya binti Zulkipli
Nashrul Na'im bin Nor Bakri ( sesat mungkin? )

Logo, watermark rahsia dulu kot. HAHA.

First Meeting berakhir dengan upacara memotong kek. Special jugak ni. Kelab lain ada buat macam ni? Takde kan kan kan? ;D





Welcome To The Club ^^